Cari @ Amanz

Beberapa hari lalu, kami ada melaporkan bahawa terdapat sejumlah kilang di China yang mengubahsuai kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 kepada sebuah kad grafik yang akan digunakan sebagai kad grafik untuk tujuan kecerdasan buatan.

Terkini, untuk mencuba mengisi kelopongan didalam sektor kad grafik gaming untuk pengguna pula, sejumlah pembangun kad grafik GeForce RTX 3080 yang digunakan untuk melombong kriptowang dan mengubahsuainya kembali supaya ia boleh digunakan untuk tujuan gaming.

Untuk kad grafik melombong kriptowang, secara lazimnya ia tidak akan hadir dengan sebarang palam output video kerana untuk tujuan melombong, pengguna-pengguna ini tidak akan memerlukannya dan ia hanya akan memakan ruang sahaja.

Akan tetapi penambahan palam ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan, dan jualan kad grafik seperti ini nampaknya agak laku kerana ia agak sukar untuk mendapatkan kad grafik gaming dengan prestasi tinggi di pasaran China sekarang.

Apa yang menarik lagi mengenai kad grafik yang diubahsuai ini ialah ia juga hadir dengan jumlah memori GDDR6 sebanyak 12GB, 8GB lebih banyak berbanding kad grafik GeForce RTX 3080 yang biasa. Kad grafik ini juga mempunyai nilai lewahjam yang lebih tinggi, tetapi risikonya ialah kad-kad grafik ini sudah digunakan untuk melombong kriptowang, jadi kebarangkaliannya untuk gagal juga adalah tinggi.

Selain daripada itu, kad grafik AMD Radeon RX 580 juga dilihat telah menerima ubahsuai yang sama. Seperti kad grafik sebelum ini, memorinya juga telah ditambah dari 8GB GDDR6 ke 16GB dan dengan nilai lewahjam yang lebih tinggi.

Kad-kad grafik ini juga dijual pada harga yang agak tinggi, khususnya kerana jumlah memori dan nilai lewahjam yang lebih tinggi dari biasa. NVIDIA GeForce RTX 3080 20GB khususnya dilihat dijual pada harga $900 walaupun kad grafik yang tidak diubahsuai mempunyai tanda harga $600 sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd