Cari @ Amanz

TheNoor, salah satu aplikasi gaya hidup muslim yang popular di Malaysia, kini mengumumkan kerjasama dengan Taibah Valley Company – sekaligus akan memperlihatkan TheNoor berpindah ibu pejabat utama mereka ke Madinah.

Langkah strategik ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.

Melalui kerjasama ini juga, Taibah Valley Company akan membantu dalam terus mengembangkan syarikat – bukan sahaja dari segi penawaran teknologi, tetapi juga dari segi pelaburan dalam ekonomi digital. Langkah ini dikatakan selari dengan Visi 2030 oleh Arab Saudi.

Pihak TheNoor sendiri menyatakan kerjasama ini akan membawa kepada perkembangan sihat syarikat berkenaan, termasuk menawarkan pelbagai perkhidmatan gaya hidup muslim yang lain dibawah mereka, sekaligus memperkayakan lagi kehidupan para Muslim.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd