Cari @ Amanz

Siri Redmi K70 telah dilancarkan secara rasminya di China pada hari ini. Sebanyak tiga model diumumkan iaitu Redmi K70 Pro, Redmi K70 dan Redmi K70e dengan ciri tersendiri mengikut kesesuaian pengguna masing-masing.

Bermula dengan Redmi K70 Pro, ia menggunakan skrin sebesar 6.67-inci 120Hz dengan resolusi 3200×1440 piksel. Sebagai tambahan paparan juga menawarkan kecerahan puncak mencapai 4000nits dan melepasi pensijilan Dolby Vision. Tunjang utamanya pula dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama pilihan memori sehingga 24GB LPDDR5 RAM dan storan dalaman 1TB UFS 4.0.

Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas semula menerusi port USB-C dan pengecasan 120W. Melengkapi peranti juga kamera utama 50MP 1/1.55″ OIS ( Light Hunter 800) + 50MP telefoto + 12MP ultra lebar, swafoto 16MP dan menjalankan HyperOS.

Seterusnya Redmi K70 juga mempunyai skrin sebesar 6.67″ 2K dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 4000nits dan melepasi pensijilan Dolby Vision. Ini digabungkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 1TB untuk tunjang utama.

Bateri sebesar 5000mAh disertakan pula boleh dicas menerusi port USB-C dan pengecasan berwayar 120W. Turut disertakan ialah kamera utama 50MP (Light Hunter 800) + 8MP ultra lebar + 2MP makro, kamera swafoto 16MP dan menjalankan sistem HyperOS sebagai pelengkap peranti.

Akhir sekali ialah Redmi K70e yang dilengkapi skrin sebesar 6.67″ 120Hz dengan resolusi 2712 x 1220 piksel. Sebagai tambahan paparan juga menawarkan kecerahan puncak 1,800nits, kemampuan HDR dan kadar pensampelan sentuhan 2160Hz. Seterusnya cip MediaTek Dimensity 8300-Ultra, memori sehingga 16GB LPDDR5X RAM dan storan 512GB digunakan sebagai tunjang utama.

Bateri pula sebesar 5,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Tidak ketinggalan peranti juga memuatkan tri-kamera dengan tetapan 64MP OIS + 8MP ultra-lebar + 2MP makro dan kamera swafoto 16MP.

Di China kesemua peranti ini dijual pada harga seperti di bawah:

  • Redmi K70 Pro (12GB + 256GB) – RMB 3,299 (~RM2,152)
  • Redmi K70 Pro (16GB + 256GB) – RMB 3,599 (~RM2,347)
  • Redmi K70 Pro (16GB + 512GB) – RMB 3,899 (~RM2,543)
  • Redmi K70 Pro (24GB + 1TB) – RMB 4,399 (~RM2,869)

  • Redmi K70 (12GB + 256GB) – RMB 2,499 (~RM1,640)
  • Redmi K70 (16GB + 256GB) – RMB 2,699 (~RM1,770)
  • Redmi K70 (16GB + 512GB) – RMB 2,999 (~RM1,968)
  • Redmi K70 (16GB + 1TB) – RMB 3,399 (~RM2230)

  • Redmi K70E (12GB + 256GB) – RMB 1,999 (~RM1,303)
  • Redmi K70E (12GB + 512GB) – RMB 2,199 (~RM1,434)
  • Redmi K70E (16GB + 1TB) – RMB 2,599 (~RM1,695)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd