Carian
Cristiano Ronaldo Disaman $1 Bilion Angkara Binance
November 30, 2023 Effi Saharudin

Cristiano Ronaldo ialah pemain bola sepak dengan harga dianggarkan mencecah $960 juta mengikut senarai Forbes. Tetapi harta duniawi pemain bola Portugal ini terancam selepas beliau disaman kumpul oleh pelabur Binance pagi ini. Menurut sama yang difailkan di Amerika Syarikat, plaintif meminta ganti rugi melebihi $1 bilion kerana Ronaldo terlibat dalam mempromosikan Binance kepada orang ramai.

Ronaldo dan Binance bekerjasama melancarkan koleksi NFT ForeverCR7 pada penghujung 2022 yang dikatakan sebagai tanda terima kasih kepada sokongan peminat. Sebanyak 29,327 NFT ditawarkan pada harga bermula 10 USDT. Plaintif mendakwa kerana dipromosikan oleh Ronaldo, Binance mendapat perhatian orang ramai yang kini menanggung kerugian kerana Binance terlibat dalam penyelewengan pelaburan mereka. Wakil Ronaldo masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai saman yang dikemukakan ini.

Binance telahpun didenda $4 bilion oleh SEC di Amerika Syarikat dan CEO meletakkan jawatan sebelum dipenjarakan kerana terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram serta berurusan dengan Iran.

Komen