Redmi Buds 5 Pro telah dilancarkan secara rasmi di China dengan kepelbagaian fungsi mengikut keperluan pengguna tertentu. Ia menampilkan rekaan fon jenis dalam telinga bertangkai bersama putik silikon untuk keselesaan tambahan. Ini digabungkan juga dengan pod pengecas bersaiz kompak yang disediakan dalam pilihan warna Sunny White, Obsidian Black, Ice Porcelain Blue dan eSport Edition.

Seterusnya Redmi Buds 5 Pro dilengkapi tweeter 10mm untuk treble dan subwoofer bersalut titanium 11mm pula untuk bass. Kemudian diikuti juga sistem pembatalan hingar aktif dengan penyesuaian adaptif AI, dan CODED LHDC 5.0 Hi-Res untuk pengalaman pendengaran lebih imersif.

Lain-lain spesifikasi termasuk kalis air IP54, ketahanan bateri 38 jam (bantuan pod pengecas dan tambatan pantas boleh dibuat menerusi bluetooth 5.3. Harga jualan di China ialah RMB399 (~RM261) seunit. Sebagai tambahan terdapat juga versi eSport yang disertakan dengan 2.4G Flash Adapter.