Cari @ Amanz

Redmi Watch 4 telah diumumkan sebagai tambahan baharu untuk koleksi peranti boleh pakai daripada jenama itu. Rekaan serba ringkas menjadi pilihan Redmi dengan gabungan kerangka segi empat dan kepelbagaian jenis tali yang termasuk kulit. Turut diberi perhatian ialah penggunaan bahan berasaskan aluminium pada kerangka sekaligus menjadikannya jam tangan keluaran Redmi terawal menyokongnya.

Ini digabungkan juga dengan skrin AMOLED 1.97-inci beresolusi 390 X 450 piksel dan berkadar segar semula 60Hz. Sebagai tambahan paparan juga menawarkan kepadatan piksel 600nits dan ciri Always On Display. Pelbagai sensor kesihatan dan kesihatan terbina disediakan termasuk kemampuan memantau kadar degupan jantung. Kemudiannya diikuti dengan lebih mod sukan beserta latihan berasaskan kawalan suara yang membolehkan pengguna kekal aktif.

Bateri 470mAh disertakan boleh beroperasi sehingga 10 hari dengan AOD dan meningkat menjadi 20 hari untuk penggunaan biasa. Sistem operasi Xiaomi HyperOS dan sambungan bluetooth 5.3 juga disertakan sebagai pelengkap pada jam tangan. Harga jualan di China ialah RMB499 (~RM326) seutas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd