Cari @ Amanz

Komputer riba Redmi Book (2024) turut diumumkan secara rasminya di China sekaligus melengkapkan lagi segmen berkenaan. Ia menampilkan tubuh minimalis dan ringkas seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini. Sementara itu kemasannya pula serba kelabu yang menjadi kebiasaan untuk kebanyakan komputer riba di pasaran hari ini.

Dalam aspek lain sebanyak dua pilihan saiz skrin disediakan iaitu 14-inci dan 16-inci. Kemudian digabungkan pula dengan skrin LCD beresolusi sehingga 2880 × 1800 piksel dan berkadar segar semula 120Hz. Sebagai tambahan paparan ini juga menawarkan nisbah aspek 16:10, kecerahan puncak sehingga 400nit, gamut warna sRGB 100% dan Dolby Vision.

Seterusnya pilihan sehingga CPU Intel Core i5-13500H dengan padanan GPU Intel Iris XE, memori 16GB LPDDR5 RAM dan storan 1TB PCIe 4.0 SSDs digunakan untuk tunjang utama. Bukan itu sahaja bahkan komputer riba juga menyokong sambungan pintar Xiaomi HyperOS yang bermakna boleh digunakan bersama peranti Xiaomi lain dengan lancar termasuk untuk proses pemindahan fail.

Bateri disertakan pula menyokong sistem pengecasan 56W, yang juga menyediakan pilihan I/O 2 x 2 MIMO, 1 x Thunderbolt 4, 2x USB-A 3.2 Gen1, 1 x HDMI 2.1, 1 x USB 2.0 dan NFC. Harga jualan di China bermula RMB4199 (~RM2,741) untuk Redmi Book 14 (2024) dan RMB4399 (~RM2,741) untuk Redmi Book 16 (2024).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd