Cari @ Amanz

Johor Akan Menggunakan Jalan Dengan Garis Bercahaya Dalam Gelap

Link Copied!

Antara sebab kemalangan berlaku ialah pemandu tidak dapat melihat jalan di waktu malam kerana tiadanya lampu. Di kawalan luar bandar ini sukar dielakkan kerana kos elektrik serta pemasangan lampu yang agak tinggi. Dua minggu yang lalu Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memulakan program rintis garisan jalan yang bercahaya dalam gelap (glow in the dark) di Hulu Langat. Kini Bernama melaporkan teknologi yang sama akan turut diperkenalkan di Johor.

Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1 juta bagi menaik taraf jalan dengan teknologi ini. Pihak JKR Johor akan melakukan penilaian sebelum memberikan senarai jalan di Johor yang bakal menerimanya. Teknologi jalan bercahaya dalam gelap ini didapati lebih murah berbanding meletakkan pemantau cahaya permukaan jalan. Ia dilihat sebagai penyelesaian kepada isu jalan gelap yang tidak berlampu di waktu malam.

Selain Malaysia teknologi ini juga telah diuji di Australia dan Belanda. Di dua negara ini, cat yang digunakan menyerap tenaga cahaya daripada matahari di waktu siang. Pada waktu malam tenaga yang disimpan akan menyebabkan ia bercahaya kehijauan sehingga lapan jam.


Komen ()