Dengan Spotify Wrapped 2023 boleh diakses malam semalam, seperti biasa Spotify Malaysia berkongsi pula senarai artis, artis tempatan dan lagu paling popular di Malaysia sepanjang 2023. Tahun ini Masdo berjaya menumbangkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai artis yang paling banyak distrim pengguna tempatan.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza di tangga kedua diikuti pula oleh Luqman Podolski, Sufian Suhaimi dan Insomniaks. Sementara itu lagi paling banyak distrim di Malaysia pula ialah Kill Bill of SZA dengan lagu Sial oleh Mahalini pula di tangga kedua.
Akhir sekali artis paling popular di Malaysia ialah Taylor Swift yang juga adalah artis dengan jumlah penstriman tertinggi peringkat global di Spotfiy tahun 2023. Selain beliau The Weeknd, BTS, SZA dan Blackpink turut melengkapi senarai lima artis paling popular di Malaysia.