Meizu 21 telah dilancarkan secara rasmi di China sebagai peranti kelas mercu baharu dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Sebagai tambahan peranti juga menawarkan kepelbagaian ciri dan fungsi lebih baik berbanding generasi terdahulu iaitu Meizu 20.

Berkongsi lebih lanjut Meizu 21 dilengkapi skrin AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel) sebesar 6.55-inci berkadar segar semula 120Hz. Turut disertakan ialah sokongan kecerahan puncak mencapai 1800nits dalam mod automatik dan melepasi pensijilan HDR10+. Memori sehingga 12GB LPDDR5X RAM dan storan dalan 512GB UFS 4.0 turut disertakan yang melengkapi cip Snapdragon 8 Gen 3 untuk tunjang utama.

Bateri 4,800mAh digunakan pula boleh dicas semula menggunakan port USB-C dan pengecasan pantas 80W. Selain itu kamera utama 200MP Samsung ISOCELL HP3 (OIS) + 13MP ultra lebar + 5MP potrait dan swafoto sebesar 32MP turut melengkapinya. Menariknya lagi apabila terdapat lampu LED RGB pada salah satu bonggol kamera utama untuk kepelbagaian fungsi termasuk pemberitahuan.

Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari di skrin, sambungan WiFi 7, sokongan bluetooth 5.4, NFC dan kalis percikan air IP54. Di China peranti ini dijual dengan harga bermula RMB3,399 (~RM2,224) (8GB/256GB), RMB3699 (~RM2,421) (12GB/256GB) dan RMB3999 (~RM2,618) (12GB/512GB) sebuah.