Cari @ Amanz

sooka merupakan satu-satunya aplikasi penstriman Malaysia yang menawarkan pelbagai saluran sukan secara langsung. Jika dibandingkan dengan aplikasi penstriman yang lain, jelas sekali sooka menang dari segi penawaran saluran kandungan sukan, yang tidak ditawarkan pada kebanyakan aplikasi penstriman yang ada di Malaysia. Bukan sekadar saluran sukan, ia juga lengkap dengan pelbagai rancangan hiburan tempatan dan juga antarabangsa yang dilihat dapat memenuhi pelbagai jenis minat dan kesukaan pengguna. 

sooka baru sahaja mengumumkan beberapa tawaran baharu untuk platform penstriman mereka. Jika sebelum ini penawaran sooka terdiri daripada 3 jenis pakej, kini mereka telah mengemaskini pelan mereka menjadikannya sehingga 5 jenis pakej bulanan, termasuk 1 pas tontonan 24 jam. Untuk tontonan percuma, anda boleh mengakses beberapa saluran TV Penstriman Percuma yang Disokong Iklan atau Free Ad-supported Streaming TV (FAST) tanpa sebarang bayaran tambahan. Antara saluran yang anda boleh tonton adalah seperti Astro Arena, Astro Awani, Filem Mantap, Drama Hebat, Drama Hotpot, Lawak Sentral dan Travel & Taste.

Manakala bagi pas tontonan 24 jam, ia sesuai untuk anda yang jenis gemar untuk menghabiskan tontonan setiap episod dan rancangan kegemaran anda dalam satu hari. Anda boleh dapatkan pas 24 jam ini pada harga hanya RM12.90 sahaja untuk setiap hari. Melaluinya, anda boleh menonton rancangan kegemaran anda pada resolusi 720p dan tersedia untuk kegunaan satu peranti dalam satu masa. Ia juga sesuai untuk dilanggan buat anda yang hanya menonton rancangan mengikut musim, seperti perlawanan bola sepak.

4 pakej sooka yang lain pula telah dikelaskan kepada kategorinya tersendiri. Pakej-pakej ini dilihat mampu memberi fleksibiliti kepada anda untuk memilih saluran rancangan yang anda mahu dan minat untuk menonton sahaja. Dalam masa yang sama, ia mengelakkan anda berbelanja lebih untuk kandungan yang kita kurang tonton.

Pakej hiburan adalah pakej asas untuk bulanan yang anda boleh langgan. Pakej ini menawarkan pelbagai kandungan drama Asia dan juga rancangan realiti pada resolusi 720p HD. Andai kata anda adalah seorang kaki drama, boleh melanggan pakej ini pada harga hanya RM14.90 sebulan.

Jika anda seorang yang minat menonton rancangan sukan, ada dua pilihan pakej yang anda boleh langgan. Dua pilihan pakej ini akan menggabungkan pakej asas hiburan tadi dengan kandungan sukan yang anda inginkan, sama ada untuk rancangan sukan Liga Malaysia sahaja atau pakej hiburan dengan semua jenis sukan sama ada perlawanan Malaysia atau antarabangsa.

Sekiranya anda melanggan pakej Liga Malaysia dan hiburan, anda boleh melanggannya pada harga RM28.90/bulan. Manakala pakej yang menggabungkan semua kandungan sukan dan hiburan pula boleh dilanggan pada harga RM34.90. Pakej ini dilihat telah diturunkan harganya yang sebelum ini adalah RM41.90/bulan. Kedua-dua pelan ini menyokong paparan beresolusi 720p dan boleh ditonton pada dua peranti secara serentak.

Jika anda seorang yang tidak sukakan iklan, sooka ada solusinya. Melalui pakej Premium, anda boleh menikmati tontonan rancangan kegemaran anda pada resolusi 1080p tanpa sebarang gangguan iklan. Anda juga boleh mengakses semua kandungan yang ditawarkan untuk 3 peranti bersama 1 televisyen secara serentak tanpa sebarang masalah. Pakej ini juga telah dipotong harganya, yang mana sebelum ini harganya adalah RM84.90, tetapi kali ini anda boleh dapatkannya pada harga hanya RM49.90 sahaja. Hanya bayar kurang RM50, untuk semua jenis kandungan, beresolusi tinggi dan tiada iklan. Berbaloi bukan?

Antara kandungan eksklusif yang hanya boleh diakses oleh pengguna sooka adalah seperti Liga Prima, Liga Malaysia, Formula 1, NBA, Kejohanan BWF, MotoGP, UFC dan pelbagai lagi. Malah, rancangan televisyen seperti All Stars Gegar Vaganza (GV10) dan Hero Dewi Remaja 2023 juga turut boleh diakses melalui platform ini. Apa yang anda mahu tonton, sooka ada semuanya. Oleh itu, muat turun aplikasi sooka di Apple Store dan Google Play Store, langgan pelan sooka yang terkini, dan anda tidak lagi akan ketinggalan pelbagai rancangan menarik yang sedang hangat hari ini.

Penafian : Advertorial daripada sooka

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd