Carian
ASUS AiO A5 Dan AiO M3 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM2,599
December 1, 2023 Amy Maizuraa

ASUS hadir dengan pilihan komputer kerja desktop semua-dalam-satu baharu buat pengguna di Malaysia. Melaluinya AiO A5 (A5402WVA) telah diumumkan dengan harga RM3,699 sementara itu AiO M3 (M3402WFA) pula ditawarkan pada RM2,599 sebuah. Ketersediaan bermula sekarang dengan jaminan selama tiga tahun serta set papan kekunci nirwayar serba hitam disertakan untuk setiap pembelian.

AiO A5 (A5402WVA) dilengkapi skrin IPS FHD (1920 X 1080 piksel) sebesar 23.8″ bernisbah aspek 16:9. Sebagai tambahan skrin juga menawarkan nisbah skrin ke badan 89% bersama kecerahan puncak 250nits dan gamut warna 100% sRGB. Tunjang utama pula dikuasai CPU Intel Core i5-1340P, GPU Intel UHD Graphics, memori 8GB DDR4-3200 SO-DIMM dan storan dalaman 512 GB M.2 PCIe 4.0 SSD.

Turut disertakan ialah kamera FHD dengan pengatup mekanikal, pembesar suara Dolby Atmos dan pilihan I/O meliputi 1 x 2-in-1 card reader SD / MMC, 1x bicu audio 3.5mm, 2x USB 2.0 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 3x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x Thunderbolt 4, 1 x HDMI 2.1b dan 1 x HDMI 1.4 (input).

AiO M3 (A5402WVA) pula menggunakan skrin IPS FHD (1920 X 1080 piksel) sebesar 23.8″ berkadar segar semula 75Hz. Tunjang utama dikuasai CPU AMD Ryzen 3 7320U, GPU AMD Radeon 610M, memori 8GB LPDDR5-5500 DAN storan dalaman 512 GB M.2 PCIe 3.0 SSD.

Seterusnya terdapat juga kamera HD 720P dengan pengatup mekanikal, pembesar suara Dolby Atmos dan pilihan I/O meliputi 1 x 2-in-1 card reader SD / MMC, 1x bicu audio 3.5mm, 2x USB 2.0 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 3x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x Thunderbolt 4, 1 x HDMI 2.1b dan 1 x HDMI 1.4.

Komen