Nothing Phone (2a) Tertiris – Peranti Kelas Pertengahan Lip Lap?
Fahim Zahar
Tahun lepas, terdapat laporan yang Nothing Phone (1) Lite akan dilancarkan sebagai peranti kelas pertengahan pertama Nothing tanpa sistem lampu Glyph. Carl Pei kemudiannya segera menafikan perkara ini. Terbaru, Android Authority melaporkan yang terdapat peranti Nothing Phone (2a) pula yang tertiris.

Peranti ini dilihat menggunakan panel belakang dengan lampu Glyph Phone (1) tetapi dengan skrin seakan Phone (2). Nombor model peranti dikatakan adalah AIN142, hadir dengan skrin AMOLED 6.7-inci, menyokong kadar segar semula 120Hz, dwi-kamera 50MP + 16MP kamera swafoto dan bateri berkapasiti 4920mAh.

Peranti ini turut dikatakan terus menjalankan Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14 dan mungkin akan dijual pada harga yang lebih murah berbanding Nothing Phone (1). Buat masa butiran lain seperti cip, pasaran jualan serta memori. Turut tidak pasti jika peranti ini benar ia akan direalisasikan atau sekadar menjadi prototaip konsep.
[sumber] Android Authority [/sumber]