Telegram kini menawarkan beberapa kemaskini baharu dalam usaha memberikan pengalaman lebih efisien untuk pengguna. Misalnya seperti kebolehan menyiar semula Stories daripada akaun pengguna lain ke halaman masing-masing.
Sebagai tambahan pengguna juga boleh membuat kandungan tambahan seperti teks, audio atau mesej berbentuk video pada Stories tersebut sebelum berkongsi. Penggunaannya juga mudah dengan hanya ketik pada anak panah kongsi dan pilih “Repost Stories” untuk selanjutnya. Tetapi penting untuk diberi perhatian bahawa hanya Stories yang ditetapkan pada privasi “Everyone” sahaja yang boleh disiar semula.
Seterusnya mesej berbentuk video juga boleh digunakan untuk memberi komen pada sesuatu Stories. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna mencipta dan berkongsi pelbagai pendapat serta komen yang lebih kreatif berbanding hanya menaip teks semata.
Turut dimaklumkan bahawa rakaman video tersebut boleh diubah saiz dan kedudukannya di sekitar skrin. Cara mengaksesnya mudah dengan hanya ketik dan tahan pada ikon kamera di halaman Stories, kemudian kawalan kelantangan audio pula boleh dikawal dengan tahan pada butang khusus di bawah skrin.
Selanjutnya telegram turut menawarkan ciri transkrip mesej suara untuk akaun percuma menambah emoji dengn reaksi tertentu pada saluran dan senarai statistik untuk saluran. Selain itu pengguna premium juga boleh memilih warna untuk nama, pautan dihantar dan balasan untuk mesej mereka. Turut diberikan kepada pengguna premium ialah kebolehan menetapkan gambar latar yang sama untuk akaun sendiri dan rakan sembang semasa.
- Sumber –Telegram