Cari @ Amanz

Biarpun dikenali sebagai sebuah syarikat kamera terkenal ternyata Leica turut menghasilkan jam tangan mewah tersendiri. Terbaharu Leica ZM 1 Gold Limited Edition baharu telah dilancarkan dengan gabungan bahan emas 18k 4N dan Titanium Grade 5.

Perkara tersebut bukan sahaja menjadikannya mempunyai rupa yang menarik dan ketahanan luar biasa. Dalam masa sama pengenalannya bagi meraikan semula produk edisi emas pertama mereka iaitu kamera Leica IA Luxus yang dilancarkan pada tahun 1929.

Turut disertakan ialah tombol kawalan waktu, tarikh dan zon masa pada sisi kanan bersama bulatan merah yang mengambil inspirasi daripada butang kamera Leica.

Selanjutnya tali pula diperbuat daripada kulit buaya yang dijahit menggunakan tangan dengan pilihan warna kelabu-coklat. Leica ZM 1 Gold Limited Edition hanya dijual dalam jumlah yang terhad di kedai tertentu yang terletak di Germany, Switzerland, Austria, France, Spain, Portugal, UK, USA, China, Japan, Singapore, Korea, Hong Kong, United Arab Emirates dan Australia. Harga jualan pula ialah $28,000 (~RM130,788) seutas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd