Cari @ Amanz

Microsoft kini berkongsi menyatakan sedang dalam perbincangan bersama sejumlah rakan kerjasama untuk melancarkan sebuah kedai aplikasi mudah-alih memfokuskan permainan video atau permua. Ini sekaligus akan memberikan lebih alternatif kepada pengguna Android dan iPhone dalam mendapatkan permainan mudah-alih.

Kedai aplikasi ini dijangka akan beroperasi dibawah jenama Xbox. Tarikh pelancaran tidak diketahui lagi, tetapi beberapa spekulasi menyatakan ia akan diperkenalkan seawal setahun dua lagi ini. Sekiranya tepat, maka kita mungkin melihat ia menjadi antara kedai aplikasi alternatif terawal pada platform Apple.

Perkongsian ini hadir lanjutan daripada laporan sebelum ini menyatakan Activision Blizzard turut pernah berhasrat memperkenalkan kedai aplikasi tersendiri. Microsoft sebelum ini sedia mengambil-alih Activision Blizzard yang mempunyai sejumlah permainan mudah-alih popular, termasuk Call of Duty Mobile dan Candy Crush.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan langkah Microsoft seterusnya, dan bagaimanakah mereka akan menyediakan penawaran terutamanya pada platform Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd