OpenAI kini menangguhkan pengenalan GPT Store yang dirancang ke tahun 2024. Tiada tarikh yang diberikan untuk pengenalan gedung menghimpunkan pelbagai GPT yang dibangunkan khusus untuk ChatGPT ini.

Sebelum ini, ia dirancang untuk pengenalan pada tahun ini. Namun, disebabkan oleh saga yang melanda OpenAI sehingga membawa kepada perubahan kepada bentuk pengurusan dan ahli lembaga pengarah, pengenalan GPT Store dilihat ditangguhkan sementara.
Pihak OpenAI telah memperkenalkan GPT Store sebagai destinasi untuk mengakses pelbagai bot kecerdasan buatan oleh pihak-pihak lain dalam memudahkan tugasan dan produktiviti.
Selain penangguhan pengenalan GPT Store ini, pihak OpenAI juga buat masa ini menutup sementara pendaftaran untuk ChatGPT Plus pada platform mereka.