Cari @ Amanz

Telegram sebelum ini sedia memperkenalkan ciri transkrip dari mesej suara ke teks kepada pengguna berbayar Telegram Premium. Kini, selain daripada hanya pengguna Telegram Premium, semua pengguna Telegram turut ditawarkan ciri sama.

Dengan langkah ini, semua pengguna boleh mengubah sesuatu mesej suara yang diterima dalam bentuk teks – sekaligus memudahkan pengguna untuk mengikuti sesuatu mesej tanpa perlu mendengar mesej berkenaan. Namun, untuk pengguna percuma, Telegram mengehadkan hanya 2 mesej yang boleh diubah dari suara ke teks untuk setiap minggu.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu tekan pada ikon →A yang dipaparkan bersebelahan dengan sesuatu mesej suara, dan seterusnya boleh mengubah ia bentuk teks.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd