Salah satu perkara yang menjadi cabaran bagi pada pembangun dan pencipta tempatan, termasuk startup adalah cabaran dalam mengkomersilkan sesuatu inovasi. Dalam usaha untuk memudahkan perkara berkenaan, salah satu inisiatif yang disediakan kerajaan adalah program MySTI.

Melalui MySTI, ia memberikan pensijilan kepada produk dan perkhidmatan tempatan, sekaligus akan disenaraikan dalam invenstori MySTI, dan diberikan keutamaan dalam perolehan kerajaan. MOSTI menyasarkan sekitar 300 produk tempatan menerima pensijilan MySTI dalam jangka masa 2 tahun ini. Daripadanya juga, ia disasarkan sekurang-kurangnya 50 perkhidmatan memasuki perolehan kerajaan.
Ini sekaligus meningkatkan lagi daya cipta dan daya saing inovasi oleh para pembangun tempatan. Dengan menggunakan logo MySTI, produk ciptaan tempatan tidak lagi akan tertinggal apabila dibandingkan dengan produk lain – terutamanya dari luar negara.
Untuk mendapatkan pensijilan MySTI, para pembangun boleh melakukan semakan kriteria, dan seterusnya melakukan pemohonan. Seterusnya sekiranya diluluskan, anda akan menerima logo dan pensijilan MySTI, sekaligus menyenaraikan produk anda dibawah penyenaraian MySTI.

Pada hari ini, sejumlah produk telah tersedia, termasuk antaranya adalah produk sekuriti berasaskan AI, produk robot, dron penyemburan pertanian, straw mesra alam, dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, boleh melakukan semakan MySTI hari ini, dan mendaftarkan produk dan inovasi anda di laman berkenaan.