Cari @ Amanz

Kerajaan telah sedia mengumumkan inisiatif eMADANI sebelum ini, yang memberikan kredit sebanyak RM100 kepada mereka yang berumur lebih 21 tahun dan berpendapatan dibawah RM100,000 setahun. Selari dengannya, kini, penebusan untuk kredit eMADANI boleh dilakukan melalui empat dompet digital.

Empat dompet digital berkenaan adalah Maybank MAE, Setel, TNG eWallet dan juga ShopeePay. Pengguna yang berjaya menebusnya, akan menerima kredit sebanyak RM100 untuk digunakan bagi pembelian secara fizikal.

Permohonan untuk kredit ini boleh dilakukan bermula hari ini, 4 Disember 2023 sehingga 11.59 malam 20 Februari 2024. Kredit yang diterima sebanyak RM100 untuk pemohon berjaya pula perlu digunakan sebelum 29 Februari 2024.

Bagi anda yang berkelayakkan, boleh melakukan permohonan eMADANI melalui dompet digital Maybank MAE, Setel, TNG eWallet dan juga ShopeePay hari ini. Untuk makluman, mereka yang telah menerima eBeliaRahmah tidak boleh memohon untuk eMADANI.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd