Kami baru pulang daripada acara ulang tahun ke-40 Casio G-SHOCK di Bali hujung minggu lalu dan beberapa produk edisi khas serta terhad telah diumumkan. Yang mendapat perhatian kami ialah Casio G-SHOCK 40th Anniversary Carbon Edition yang diperbuat daripada bahan karbon unik yang membuatkan kemasannya berlapis seperti besi Damascus.

Tiga bahan gentian karbon berbeza digunakan pada kerangka, bezel dan tali jam yang berasaskan DW-5000 ini. Bahagian kerangka monokoq misalnya diperbuat daripada campuran karbon dan resin. Tali jam pula diperbuat daripada bahan karbon berlapis. Penggunaan bahan gentian karbon menjadikannya bukan sahaja tahan lasak tetapi juga ringan. Kaca nilam juga digunakan bagi memberikan ketahanan calar serta hentakan pada paparan jam.

Ia hadir dengan sokongan bluetooth membolehkan ia dipadankan kepada telefon pintar dengan aplikasi. Sokongan radio Multiband 6 pula akan mengubah waktu pada jam secara automatik tidak kira di mana pemakai berada. Akhir sekali terdapat sistem Tough Solar untuk mengecas semula bateri. Jam turut boleh dipakai menyelam sehingga kedalaman 200 meter.
Dua model dihasilkan iaitu GCW-B5000UN-1 is berwarna kelabu dan hitam membuatkan ia kelihatan seperti angkasa lepas. GCW-B5000UN-6 pula hadir dalam warna biru dan ungu yang mengambil inspirasi daripada bima sakti. Harga jualan Casio G-SHOCK 40th Anniversary Carbon Edition ialah RM 10,745 seutas ia akan mula dipasarkan di Malaysia dalam masa terdekat.
DW-5000