Cari @ Amanz

Kerajaan hari ini telah mula menawarkan kredit RM100 dibawah inisiatif eMADANI, sekaligus mengalakkan penggunaan dompet digital untuk transaksi secara fizikal di pelbagai pekedai tempatan. Selari dengannya juga, ia diumumkan kredit tidak boleh digunakan untuk sejumlah tujuan.

Berikut merupakan antara perkara dimana kredit eMADANI TIDAK boleh digunakan, termasuk:

  • Pemindahan ‘peer-to-peer’;
  • Penebusan tunai;
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan 
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Bagi anda yang berumur diatas 21 tahun, dan mempinyai pendapatan dibawah RM100,000 setahun, anda boleh melakukan permohonan eMADANI melalui empat dompet digital terpilih, termasuk MAE, ShopeePay, Touch n Go eWallet, dan juga Setel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd