Cari @ Amanz

Kemaskini : Setel kini beroperasi seperti biasa, dan pengguna sudah boleh melakukan penebusan menggunakannya.


Perkhidmatan Setel yang sering digunakan untuk mengisi minyak kini menghadapi masalah teknikal dan sukar untuk digunakan – disebabkan oleh jumlah trafik yang tinggi diterima aplikasi berkenaan untuk penebusan kredit RM100 eMADANI.

Disebabkan oleh perkara ini, semua pengguna Setel turut terjejas, membuatkan mereka tidak boleh menggunakan perkhidmatan dompet digital berkenaan. Pihak Setel menyatakan mereka sedang berusaha untuk memulihkan aplikasi secepat mungkin.

Ini adalah kali pertama dompet digital Setel dan MAE terpilih untuk pemberian inisiatif dompet digital oleh kerajaan. Berkemungkinan disebabkan oleh itu, persediaan trafik yang tinggi tidak dianggarkan dengan betul, membawa kepada masalah teknikal yang menjejaskan semua pengguna perkhidmatan berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd