Carian
Kerajaan Akan Sekat Akaun Dan Lucut Hak Kredit Untuk Penerima eMADANI Yang Lakukan Penebusan Tunai Atau P2P
December 4, 2023 Aman

Kementerian Kewangan kini mengeluarkan amaran, emnyatakan mereka akan mengambil tindakan tegas, termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI – sekiranya terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan perseorangan (P2P) atau penebusan tunai.

Disamping itu, Kementerian Kewangan turut meminta orang ramai berhati-hati dan berwaspada dengan tawaran penebusan tunai atau pemindahan P2P ini, sekaligus mengelak daripada menjadi mangsa penipuan scam.

Melalui kredit eMADANI yang ditawarkan bermula hari ini, kerajaan memfokuskan penawaran berkenaan untuk pembelian secara fizikal melalui empat dompet digital, iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan juga TNG eWallet.

Komen