Cari @ Amanz

Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital kini memaklumkan yang mana pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN) atau turut dikenali sebagai My Digital ID, masih pada peringkat permulaan buat masa ini. Bergerak ke hadapan, pelaksanaan identiti digital nasional ini akan dilakukan secara meluas bermula Mac 2024 dengan proses pendaftaran yang lebih rancak.

Dengan adanya identiti digital nasional, ia dijangka akan memudahkan sejumlah perkara – terutamanya pengesahan identiti pada perkhidmatan digital yang lain, atau untuk pelbagai urusan melibatkan kerajaan. Ia juga dijangka akan diperluaskan kepada penggunaan swasta.

Mengikut demo yang pernah kami lihat sebelum ini, antara penggunaan My Digital ID atau IDN adalah untuk pendaftaran di klinik, pendaftaran untuk urusan kaunter di pejabat kerajaan, proses pengesahan identiti untuk melakukan transaksi secara atas-talian dan sebagainya.

Penggunaannya juga dijangka akan diperluas untuk memenuhi pelbagai perkara lain dengan perkembangan era digital di Malaysia. Kerajaan melalui MIMOS dijangka akan berkongsi lanjut berkenaan dengan pendaftaran, penggunaan dan pelaksanaan berkaitan dengan My Digital ID ini dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd