Cari @ Amanz

Realme GT5 Pro akan dilancarkan di China pada 7 disember 2023 dan rekaannya kini diperlihatkan sepenuhnya. Ia mempunyai rekaan yang mirip dengan peranti keluaran Huawei khususnya untuk bonggol kamera di belakang yang agak tinggi dan besar. Kuad-kamera digunakan dengan salah satunya memperlihatkan penggunaan sensor periskop telefoto dan lampu LED dalam bonggol yang sama.

Bahagian hadapan pula menggunakan skrin melengkung yang kebiasannya turut digunakan pada peranti kelas mercu sedia ada. Ia juga dilengkapi saiz bezel yang hampir sama besar yang kelak dijangkan boleh menjadikan skrin kelihatan seimbang. Di samping bingkai dibulatkan yang mengelilingi peranti.

Sementara itu peranti juga menjalankan RealmeUI 5.0 berasaskan Android 14 dengan sokongn OS selama tiga tahun dan sekuriti pula empat tahun. Turut diberikan ialah peningkatan pada sokongan AI yang termasuk sokongan untuk penjanaan pertuturan pintar. Di samping turut mempunyai stotan 1TB dan port USB-C dengan sokongan untuk standard USB 3.2.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd