Carian
Huawei Menjadualkan Acara Pelancaran Pada 12 Disember Ini – Mungkin Tablet Baharu?
December 5, 2023 Amy Maizuraa

Kemaskini baharu Huawei menunjukkan bahawa terdapatnya sebuah acara pelancaran telah dijadualkan berlangsung di Dubai pada 12 Disember 2023. Poster rasmi dimuatnaik boleh menjadi pengumuman untuk barisan produk baharu yang merangkumi tablet dan fon kepala.

Bertemakan Creation of Beauty memberi gambaran bahawa ia boleh menyediakan penekanan terhadap gabungan fesyen dan teknologi. Seterusnya mampu menyediakan pelbagai pilihan produk lebih menarik. Jenis produk secara khusus tidak dapat dipastikan buat masa ini namun ramai mengaitkannya dengan tablet baharu Huawei termasuk MatePad Pro 13.2″.

Gambar sekadar hiasan – MatePad Pro 13.2″

Sebagai tambahan Huawei juga dikatakan mungkin menawarkan fon kepala dengan reka bentuk baharu untuk lebih keselesaan. Dalam masa sama kualiti bunyi yang baik juga boleh ditawarkan melaluinya. Seperti biasa nantikan pelancaran rasmi kelak bagi melihat sendiri kejutan yang disediakan Huawei untuk kali ini.

Komen