Carian
Gmail Meningkatkan Kemampuan Menapis Spam Menggunakan RETVec
December 5, 2023 Effi Saharudin

Gmail menerima kemampuan penapisan emel spam baharu yang lebih baik menggunakan sistem Resilient & Efficient Text Vectorizer (RETVec) minggu ini. Menurut Google, RETVec ialah penambahbaikan kepada sistem saringan emel dan sekuriti yang terbesar mereka lakukan setakat ini.

Sistem RETVec didapati mengurangkan jumlah spam yang diterima sehingga 38% berbanding sistem terdahulu. Lebih penting sekali ialah ia mengurangkan kesilapan menandakan emel sebenar sebagai spam sehingga 19.49% peratus sekaligus menyelesaikan masalah emel penting tidak terbaca.

RETVec boleh mengesan emel dengan emoji dan aksara khas yang digunakan oleh penghasil SPAM untuk memintas penapis sebelum ini. Emoji tidak boleh dibaca sebelum ini dan mengakibatkan ia terlepas masuk ke peti emel utama. Dengan SPAM tidak terlepas masuk, insiden penipuan serta phishing menggunakan emel turut dapat diperangi dengan lebih baik. Selepas ujian dalaman menggunakan RETVec dilakukan sejak setahu lalu, ia kini diaktifkan kepada semua pengguna Gmail.

Komen