Honor secara diam-diam mula menyenaraikan peranti baharu Magic6 Lite di halaman rasmi bermula di Eropah. Ia menjadi pengganti kepada Honor Magic5 Lite yang diumumkan dengan Snapdragon 695 sebelum ini. Buat masa ini butiran berkaitan harga jualan masih belum didedahkan sebaliknya penyenaraian sekadar menunjukkan spesifikasi utama.
Honor Magic6 Lite dilengkapi skrin AMOLED (2652 X 1200 piksel) sebesar 6.78″ berkadar segar semula 120Hz. Ini dipadanakan juga dengan cip Snapdragon 6 Gen 1, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB sebagai tunjang utama. Bateri 5,300mAh yang digunakan pula boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan pantas 66W. Selanjutnya peranti juga dimuatkan dengan kamera utama 108MP + 5MP ultra-lebar + 2MP makro dan swafoto 16MP.
Melihat secara menyeluruh segala aspek, peranti ini sebenarnya mempunyi banyak persamaannya dengan sebuah Honor X9b yang diumumkan di Malaysia pada awal November lalu. Bezanya cuma terletak pada kapasiti RAM dan bateri yang lebih kecil digunakan pada Magic6 Lite 5G.