Cari @ Amanz

Pakatan Kecerdasan Buatan (AI Alliance) ditubuhkan hari ini dengan ia mempunyai lebih 50 ahli. Ia ditubuhkan bagi memastikan pembangunan AI yang selamat, terbuka, dan bertanggungjawab oleh ahlinya. Antara syarikat teknologi yang menjadi ahli AI Alliance ialah IBM, AMD, Intel, Meta dan Dell.

Turut menjadi ahli ialah institusi pengajian serta agensi terkemuka seperti Cornell University, Dartmouth, Imperial College London, Harvard University, The University of Tokyo, Yale University dan NASA.

Antara pelan AI Alliance ialah membangunkan penanda aras dan piawaian penilaian dan pelbagai sumber untuk membolehkan pembangunan AI yang bertanggungjawab. Ia turut akan memajukan ekosistem sumber terbuka untuk model yang menyokong pelbagai bahasa, multi-modal, serta model sains yang membantu menyelesaikan isu sejagat seperti pendidikan dan iklim. Akhir sekali ia juga akan cuba memberikan sokongan untuk membangunkan AI di peringkat global.

Senarai lengkap ahli AI Alliance adalah seperti di bawah.

  1. Agency for Science, Technology and Research (A*STAR)
  2. Aitomatic 
  3. AMD 
  4. Anyscale 
  5. Cerebras 
  6. CERN 
  7. Cleveland Clinic 
  8. Cornell University
  9. Dartmouth
  10. Dell Technologies
  11. Ecole Polytechnique Federale de Lausanne
  12. ETH Zurich
  13. Fast.ai
  14. Fenrir, Inc.
  15. FPT Software
  16. Hebrew University of Jerusalem
  17. Hugging Face 
  18. IBM
  19. Abdus Salam International Centre for Theoretical Physics (ICTP)
  20. Imperial College London 
  21. Indian Institute of Technology Bombay 
  22. Institute for Computer Science, Artificial Intelligence
  23. Intel  
  24. Keio University 
  25. LangChain 
  26. LlamaIndex 
  27. Linux Foundation
  28. Mass Open Cloud Alliance, operated by Boston University and Harvard
  29. Meta
  30. Mohamed bin Zayed University of Artificial Intelligence
  31. MLCommons 
  32. National Aeronautics and Space Administration
  33. National Science Foundation
  34. New York University
  35. NumFOCUS 
  36. OpenTeams
  37. Oracle 
  38. Partnership on AI
  39. Quansight 
  40. Red Hat
  41. Rensselaer Polytechnic Institute 
  42. Roadzen 
  43. Sakana AI 
  44. SB Intuitions
  45. ServiceNow 
  46. Silo AI
  47. Simons Foundation
  48. Sony Group
  49. Stability AI
  50. Together AI
  51. TU Munich 
  52. UC Berkeley College of Computing, Data Science, and Society 
  53. University of Illinois Urbana-Champaign
  54. The University of Notre Dame 
  55. The University of Texas at Austin
  56. The University of Tokyo 
  57. Yale University 
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd