Cari @ Amanz

OnePlus 12 dilancarkan secara rasmi sebentar tadi dengan spesifikasi kelas mercu. Peranti baharu Oneplus ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada prestasi untuk memenuhi keperluan sedia ada. Tetapi turut menyentuh aspek penting berkaitan kamera yang menjanjikan pengalaman memuaskan.

Berkongsi lebih lanjut peranti ini menggunakan skrin melengkung AMOLED 3D sebesar 6.82″ dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Sebagai tambahan skrin juga menawarkan keterangan mencapai 4,500nits, kemampuan paparan sehingga 1.07 billion warna, nisbah skrin-ke-badan 93.5% dan HDR+.

Ini digabung pula dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, memori sehingga 24GB LPDDR5X dan storan dalaman 256GB/512GB/1TB UFS 4.0 sebagai tunjang utama. Bukan itu sahaja bahkan bateri 5400mAh dimuatkan pada peranti yang juga menyokong pengecasan berwayar 100W, nirwayar 50W dan berbalik 10W.

Kamera utama pula terdiri dengan sensor utama 50MP berasaskan Sony LYTIA LYT-T808 dengan sokongan OIS. Seterusnya diikuti dengan sensor telefoto 64MP (OIS) dan sensor ultra sudut lebar 48MP bersama kemampuan zum optikal 3X dan digital 120X. Kemampuan merakam video maksimum 8K/24fps turut ditawarkan, di samping adanya kamera swafoto 32MP diletakkan pada bahagian hadapan.

Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan Android 14, kalis air IP65, NFC dan Bluetooth 5.4. Harga jualan di China adalah seperti di bawah:

  • OnePlus 12 (12/256GB) – RMB4299 (~RM2,804)
  • OnePlus 12 (16/512GB) – RMB4799 (~RM3,130)
  • OnePlus 12 (16/1TB) – RMB5299 (~RM3,457)
  • OnePlus 12 (24/1TB) – RMB5799 (~RM3,783)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd