ASUS kini mendedahkan perancangannya untuk hadir dengan produk baharu pada 8 Januari 2024. Ia boleh diadakan acara teknologi tahunan CES yang berlangsung di Las Vegas. Pada masa ini video promosi rasmi mengesahkan kehadiran model Zephyrus baharu yang turut berpotensi untuk penambahan beberapa produk lain termasuk telefon pintar misalnya.
Namun seperti lebih banyak butiran lanjut mungkin didedahkan dalam masa terdekat. Bercakap sedikit mengenai produk Zephyrus, ia merupakan komputer riba permainan dengan prestasi penuh kuasa dalam tubuh yang bergaya. ASUS ROG Zephyrus G16 merupakan antara senarai model terkini yang dipasarkan di Malaysia dengan harga permulaan RM6,999.