Cari @ Amanz

Nilai mata wang kripto Bitcoin (BTC) kembali melangkaui RM200,000 hari ini. Ketika artikel ditulis ia 1 BTC adalah bersamaan dengan RM204,680. Ini adalah nilai tertitinggi BTC sejak penghujung 2021 sebelum ia jatuh serendah RM72,450 pada Disember 2022.

Nilai BTC mula mencatatkan trend peningkatan mendadak sejak pertengahan Oktober di mana ia bernilai sekitar RM127,000. Ini adalah berita baik bagi pelabur kripto kerana apabila nilai BTC meningkat, nilai mata wang kripto lain juga secara lazimnya turut meningkat. Pelbagai skandal melibatkan bursa kripto Binance dan juga FTX adalah antara faktor menyebabkan nilai kripto terjejas teruk.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd