Carian
Realme Menjadualkan Pengenalan C67 Pada 14 Disember 2023 – Melepasi SIRIM Di Malaysia
December 6, 2023 Amy Maizuraa

Realme berkongsi perancangan hadir dengan peranti baharu di bawah siri C. Peranti yang dinamakan sebagai Realme C67 itu akan diumumkan secara rasmi pada 14 Disember ini. Pada masa ini hanya reka bentuk yang diperlihatkan. Sementara itu butiran spesifikasi utama pula masih menjadi tanda tanya yang terbuku di hati ramai pihak.

Berbalik pada aspek rekaan tadi ia dilihat serupa dengan sebuah Realme 11X 5G dalam banyak perkara, termasuk bonggol kamera agak tebal di belakang. Tubuh peranti sepenuhnya rata bersama panel hadapan berlubang kecil yang melengkapi. Melihat daripada penjuru yang positif, peranti masih berpotensi menawarkan spesifikasi utama berbeza memandangkan siri C dikategorikan peranti kelas permulaan.

Selain daripada itu peranti juga telah melepasi pengesahan SIRIM Malaysia sejak 20 November lalu. Ia didaftarkan dengan kod nama RMX3890 (realme C67) sekaligus menandakan pelancarannya di Malaysia semakin hampir. Ciri Mini Capsule dijangka melengkapi peranti sama seperti beberapa pendahulunya.

Komen