Cari @ Amanz

Logitech menawarkan fon kepala nirwayar gaming baharu menerusi Astro A50 X. Antara yang menjadi tumpuan ialah teknologi PLAYSYNC baharu untuk sambungan mudah ke XBOX, PS5 dan PC. Dalam masa sama boleh bertukar ganti diantara platform konsol dan PC dengan lancar melalui butang khusus. Dua lagi peningkatan besar pada fon kepala ini ialah penggunaan PRO-G Graphene Audio Driver sebesar 40mm dan Lightspeed Wireless 24-bit Logitech G untuk kesan bunyi berkualiti tinggi.

Sebagai tambahan Astro A50X juga menawarkan ciri Simultaneous Bluetooth yang amat berguna untuk mendengar audio luar atau berbual melalui Discord sewaktu sesi permainan. Pengalaman mendengar menjadi lebih baik dengan Dolby Atmos yang disertakan. Selain itu pengguna turut boleh mencipta profil EQ audio melalui aplikasi Logitech G Hub.

Ketahanan bateri pula boleh mencapai 24 jam dengan proses pengecasan semula melalui port USB-C atau secara nirwayar pada hab khusus.Hab ini dilengkapi dengan dua port input HDMI 2.1 yang menyokong 4K pada 120Hz (Xbox dan PS), USB-C DisplayPort untuk PC dan satu output HDMI 2.1. Harga jualan ialah $ 379.99 (~RM1,773) seunit dengan ketersediaan bermula separuh pertama 2024 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd