Cari @ Amanz

Instagram sedang mengalami isu video yang dimuat naik antara Jun 2013 hingga Oktober 2014 tidak lagi memainkan audio. Apabila dimainkan, notifikasi “video tidak mengandungi audio” akan dipaparkan pada skrin. Isu ini ditemukan oleh The Verge dengan ia didapati berlaku dalam aplikasi Android, iOS dan juga versi web sejak Jun lalu tetapi hanya mendapat perhatian hari ini.

Sebab mengapa ia berlaku masih belum diketahui pada waktu ini. Pihak Meta telahpun dimaklumkan mengenai isu ini dan sedang cuba menyelesaikan isu ini namun tidak berkongsi bilakan audio yang hilang akan kembali.

Dengan Intagram kini menjadi tempat paling mudah mengabadikan memori, kemungkinan video anak masih lagi bayi atau memori dengan insan yang telah meninggal dunia hilang audio selama-lamanya adalah sangat merisaukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd