Carian
Menteri : Berbaki Kurang 4% Untuk Mencapai Sasaran Liputan 5G Di Malaysia Untuk 2023
December 6, 2023 Aman

Perdana Menteri sedia meletakkan sasaran untuk mencapai kadar liputan 5G di 80% kawasan berpenduduk di Malaysia. Selari dengannya, kini Menteri Komunikasi dan Digital mengumumkan kini berbaki kurang 4% lagi untuk mencapai sasaran berkenaan.

Mengikut data berakhir 30 November 2023, kadar liputan rangkaian 5G di Malaysia telah mencapai 76.1%.

Disamping pencapaian kadar liputan 5G ini, pada awal Disember juga, lima syarikat telekomunikasi telah tanda tangan Perjanjian Langganan Saham, dan setiap syarikat akan menyuntik RM233 juta ke Digital Nasional Berhad.

Bergerak ke hadapan, selepas kadar liputan mencapai 80%, syarikat kedua akan dibentuk untuk membangunkan rangkaian 5G kedua di Malaysia.

Komen