Carian
Redmi 13C 5G Dilancarkan – Cip Dimensity 6100+ Dan Kamera 50MP
December 7, 2023 Amy Maizuraa

Redmi 13C 5G telah dilancarkan secara rasmi sekaligus menjadi tambahan terkini barisan produk berkenaan. Ia dilengkapi cip Dimensity 6100+ dengan binaan 6nm, di sampiing menggabungkan memori sehingga 8GB RAM dan storan 256GB.

Seterusnya skrin pula sejenis LCD HD+ dengan saiz 6.74-inci dan berkadar segar semula 90Hz. Sebagai tambahan peranti juga menyokong pengimbas cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa. Bateri 5,000mAh disertakan pula boleh dicas menggunakan port USB-C dan pengecasan 18W. Namun kepala pengecas disertakan hanya menyokong kuasa output 10W.

Turut disertakan ialah sensor utama 50MP dan swafoto sebesar 5MP. Di samping beberapa lagi ciri lain seperti bicu audio 3.5mm, menjalankan Android 13 dan kalis percikan tanpa jenis yang didedahkan secara khusus. Harga jualan di India bermula INR10,999 (~RM616) (4/128GB), INR12,499 (~RM700) (6/128GB) dan INR 14,499 (~RM812) (8/256GB).

Untuk rekod Redmi 13C 4G juga telah ditawarkan di Malaysia. Harga jualan ialah RM499 dengan pilihan memori 6/128GB. Anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi pengedare sah Xiaomi Malaysia.

Komen