Aplikasi Al-Inarah Kini Tersedia Untuk iPhone – Memudahkan Anda Menyemak Soal-Jawab Agama
Aman
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mantan Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi dinamakan Al-Inarah, yang menghimpunkan pelbagai soal-jawab kemusykilan agama Islam. Pada awal pengenalan, ia hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja, dan kini aplikasi sama turut tersedia untuk pengguna iPhone.

Menggunakannya, pengguna boleh menyemak pelbagai soal-jawab melibatkan kemusyiklan agama Islam, dibawah 75 kategori berbeza. Hampir 5000 artikel tersedia, dan artikel baru juga turut ditambah dari hari ke hari.
Aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan boleh dimuat-turun di Apple App Store hari ini. Selain di iPhone, pengguna juga turut boleh memuat-turun aplikasi Al-Inarah di Google Play Store untuk Android.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.