Tecno bakal memperkenalkan Spark 20 untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Poster rasmi juga telah dimuat naik sejak semalam yang menunjukkan peranti boleh hadir dalam dua pilihan termasuk hitam. Pada masa sama peranti turut dilengkapi sistem dwi-kamera bersama tubuh yang sepenuhnya rata.

Tiada butiran mengenai spesifikasi utama dikongsi buat masa ini. Tetapi sekiranya sama seperti variasi di pasaran luar maka peranti boleh dilengkapi skrin sebesar 6.6-inci HD+ berkadar segar semula 90Hz. Ini digabungkan juga dengan cip MediaTek Helio G85, kamera utama 50MP dan swafoto pula 32MP.