Carian
Realme GT5 Pro Kini Rasmi – Skrin 144Hz, Snapdragon 8 Gen 3 Dan Memori 16GB RAM
December 7, 2023 Amy Maizuraa

Realme GT5 Pro telah diumumkan secara rasminya di China sebentar tadi. Ia merupakan peranti kelas mercu dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Seterusnya menjadi pesaing baharu dalam segmen tersebut yang mampu memberi pilihan tambahan kepada pengguna.

Untuk spesifkasi utama peranti menggunakan skrin sebesar 6.78-inci AMOLED dengan resolusi 2780 X 1260 piksel. Sebagai tambahan skrin juga menawarkan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak maksimum 4500nits.

Cip Snapdragon 8 Gen 3 digunakan sebagai tunjang utama yang menggabungkan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.0. Turut disertakan ialah sistem penyejukan seluas 12000mm² untuk pengaliran haba lebih baik. Di samping bateri 5,400mAh dengan pengecasan berwayar 100W dan nirwayar 50W.

Kameranya pula terdiri dengan sensor utama 50MP berasaskan Sony LYTIA LYT-T808 dengan sokongan OIS. Seterusnya diikuti dengan sensor telefoto periskop 50MP (Sony IMX890) dan sensor ultra sudut lebar 8MP (Sony IMX355). Di samping itu terdapat juga kamera swafoto 32MP yang diletakkan pada bahagian hadapan.

Lain-lain spesifikasi termasuk pembesar suara stereo, pengimbas cap jari skriN, NFC dan menjalankan RealmeUI 5.0 dengan Android 14. Harga jualan di China adalah seperti di bawah:

  • Realme GT5 Pro (12/256GB) – RMB3298 (~RM2,154)
  • Realme GT5 Pro (16/256GB) – RMB3598 (~RM2,351)
  • Realme GT5 Pro (16/512GB) – RMB3898 (~RM2,547)
  • Realme GT5 Pro (16GB/1TB) – RMB4198 (~RM2,743)
Komen