Cari @ Amanz

WhatsApp sedia menawarkan ciri untuk menghantar gambar dan juga video yang hanya boleh dilihat sekali, dan hilang selepas ia dibuka dan dilihat. Selain daripada sokongan menghantar gambar dan video, kini ciri “Lihat Sekali” berkenaan turut diperluaskan untuk perkhidmatan mesej suara.

Dengan langkah ini, anda boleh menghantar sebarang mesej suara yang tidak disimpan, sebaliknya hilang selepas didengar atau dibuka oleh penerima. Ini sekaligus membolehkan anda berkongsi mesej suara yang lebih peribadi berbanding sebelum ini.

Untuk mengaktifkan ciri ini, anda hanya perlu tap untuk seketika ketika merakamkan mesej suara, dan seterusnya mengaktifkan ciri “Lihat Sekali” dengan tekan pada ikon bernombor “1” pada bahagian kiri. 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd