Cari @ Amanz

Kami baru sahaja melaporkan berita ura-ura Huawei dan SMIC sedang membangunkan cip 5nm pertama mereka. Tetapi secara mengejut tanpa sebarang majlis pelancaran, Huawei Qingyun L540 telah dilancarkan di China. dengan cip Kirin 9006C yang berteknologi 5nm.

Komputer riba ini dilengkapi skrin 14″ QHD, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 56Wh. Menurut markah penanda aras, Kirin 9006C hadir dengan 1 x Cortex-A77 3.13 GHz, 2x Cortex-A77 2.83 GHz, 4x Cortex-A55 cores 2.05 GHz dan dipadankan dengan GPU Mali-G78 MP22 GPU. Selain cip Kirin 9006C, L540 juga ditawarkan dengan cip Tongxin.

Dari segi I/O pula ia mempunyai , 1x USB-C, 2x USB-A 1, 1x HDMI, 1x bicu audio dan 1x LAN. Meneruskan tema patriotik, L540 turut menggunakan sistem operasi Kylin yang dibangunkan China berasaskan Linux. Di China harga jualan Huawei Qingyun L540 bermula daripada RMB6645 (~RM4348) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd