Tecno kini mengumumkan ketersediaan rasmi Spark 20 di Malaysia dengan harga jualan RM499. Sebanyak dua pilihan warna disediakan yang meliputi Gravity Black dan Cyber White. Anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah Tecno di seluruh Malaysia.
Tecno Spark 20 dilengkapi skrin LCD 6.6-inci beresolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ini digabung juga dengan cip MediaTek Helio G85, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB sebagai tunjang utama. Turut disertakan ialah bateri 5,000mAh dengan pengecasan 18W, kalis air IP53, sensor utama 50MP dan kamera swafoto 32MP.