Carian
Anda Kelak Boleh Guna AI Untuk Jana Tema Pada Google Chrome
December 8, 2023 Fahim Zahar

Google minggu ini telah melancarkan Gemini, model AI terbesar dan paling berkuasa mereka. Ia terbina dalam Pixel 8 Pro dan turut digunakan oleh Bard. Google tidak berhenti di situ kerana turut menguji ciri AI generatif terbina pada pelayar web mereka, Chrome.

Dalam Chrome Canary terkini, terdapat ikon pensel baharu untuk akses pantas kepada tetapan tema pelayar web. Tetapan ini terbuka dalam bar sisi baharu berbanding sebelum ini dibuka pada tab baharu dan membuka laman web Chrome Web Store. Selain mempunyai pelbagai pilihan tema, terdapat pilihan baharu iaitu Create theme with AI.

Pengguna kemudian boleh memilih subjek, gaya, mood dan warna untuk Chrome menjana tema baharu yang akan terus digunakan pada keseluruhan pelayar web. Ciri ini dilihat satu perkara yang menarik untuk memberi pengguna kebebasan memilih tema yang lebih diperibadikan. Walaupun di Chrome Web Store sudah terdapat banyak pilihan tema, kadangkala ia masih tidak mencapai citarasa semua.

Buat masa ini tidak pasti nila ciri ini akan diedarkan kepada Chrome versi stabil. Sama-sama kita nantikan kemas kini Chrome yang akan datang.

Komen