Carian
(Dikemaskini) PERKESO Digodam Dan Data Orang Ramai Ditiriskan Ke Atas Talian
December 8, 2023 Effi Saharudin

*DIKEMASKINI*

PERKESO mengesahkan mereka telah digodam sejak Sabtu lalu tetapi operasi mereka tidak terjejas disebabkan oleh serangan siber ini. Hasil penelitian awal PERKESO turut mendapati kesahihan data yang dicuri oleh penggodam amat diragui, tidak lengkap dan telahpun luput. Ini adalah kerana satu kluster data yang dicuri tidak pernah dicerap oleh PERKESO sejak agensi ini ditubuhkan pada Oktober 1971. Serangan pada Sabtu lalu juga bukan kali pertama sistem mereka diserang dengan kali terakhir cubaan dilakukan ialah pada bulan September tetapi berjaya dipatahkan.

Berita asal di bawah.

Laman PERKESO didakwa telah digodam oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Rupert_Group. Data orang ramai yang berjaya dicuri telah dikongsi di forum yang mempunyai reputasi menjadi tempat pangkalan data dicuri dikongsi sebelum ini.

Rupert_Group telah berkongsi bahawa mereka menggodam PERKESO pada awal bulan ini yang menyebabkan operasi laman rasmi tergendala. Kemudian pada 5 Disember, sebahagian data yang telah dicuri dikongsi di sebuah forum. Pada 6 Disember pula, pautan untuk memuat turun kesemua data yang dicuri dikongsi sekali lagi oleh Rupert_Group. Mereka juga berkongsi video di YouTube yang didakwa adalah rakaman perbincangan dilakukan oleh PERKESO selepas menyedari sistem mereka telah diceroboh.

Antara data yang kami lihat berjaya dicuri ialah nama penuh, nombor MyKad, jantina, alamat emel, alamat tempat tinggal dan beberapa transaksi perbankan. Menurut The Star, PERKESO akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai serangan penggodam ini.

Komen