Infinix secara rasmi melancarkan siri HOT40 yang menampilkan tiga model berbeza. Ia meliputi Infinix Hot 40 Pro, Hot 40 dan Hot 40i dengan reka bentuk yang hampir sama. Perbezaan pula dapat dilihat dari aspek spesifikasi utama.
Infinix Hot 40 Pro menggunakan skrin LCD 6.78″ beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ini digabung juga dengan cip MediaTek Helio G88, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB sebagai tunjang utama. Tetapan kamera terdiri dengan 108MP utama + 2MP makro + AI Lens di belakang.
Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 32MP dan diletakkan di dalam lubang kecil, yang juga menyokong ciri Magic Ring seakan Dynamic Island pada peranti Apple. Bateri 5000mAh disertakan turut menyokong sistem pengecasan 33W.
Seterusnya Infinix Hot 40 turut berkongsi spesifikasi utama yang sama dengan variasi pro. Ia termasuklah skrin bersaiz 6.78-inci, bateri berkapasiti 5000mAh, sistem pengecasan 33W dan kamera swafoto 32MP. Kalau ada perbezaan ia terletak pada kadar segar semula skrin 90Hz, cip pemprosesn MediaTek Helio G88 dan sensor utama 50MP.
Akhir sekali ialah Infinix Hot 40i yang dilengkapi skrin LCD sebesar 6.56 dengan resolusi HD+. Turut disertakan ialah cip Unisoc T606 sebagai tunjang utama. Di samping bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan 18W. Tetapan kamera pula terdiri dengan 50MP + AI Lens di belakang dan swafoto sebesar 32MP.
Harga jualan peranti boleh bermula $200 sebuah tanpa butiran lebih khusus untuk setiap satu daripadanya.
- Sumber – GSMArena