Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) kini dibuka secara rasmi. Di bawah skim ini rebat sebanyak RM2,400 layak diterima rakyat Malaysia untuk pembelian motosikal elektrik sekiranya pendapatan mereka adalah di bawah RM120,000 setahun. Permohonan boleh dilalukan menerusi laman rasmi MARiiCAS sekarang.

Pengguna yang telah melakukan pendaftaran untuk pembelian motosikal elektrik akan menerima kod QR sekiranya permohonan mereka diluluskan. Jenama-jenama motosikal elektrik yang terlibat dengan skim MARiiCas ialah
- Superlux
- RydeEV
- Legatus
- Eclimo
- Ebixon
- Blueshark
- Treeletrik
- Modenas
Pada waktu ini hanya nama syarikat yang terlibat sahaja disenaraikan di laman MARiiCas. Laman untuk model-model yang layak masih belum dikemas kini pada waktu ini sementara laman perincian mengenai skim ini juga masih lagi kosong.
Kesemua skim EV yang diumumkan kerajaan setakat ini adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang ingin meningkatkan penggunaan tenaga lestari serta EV yang lebih mesra alam sekitar. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai skim MARiiCAs sila ke pautan di bawah.