Sejak dari awal lagi, China menjadi pusat pengeluaran iPhone global. Kombinasi gaji yang rendah, tenaga kerja yang banyak dan rantaian bekalan yang efisien menjadikan China pilihan untuk pengeluaran peranti dengan kos yang rendah. Tetapi menurut Wall Street Journal, Apple kini bercadang memindahkan 25% pengeluaran iPhone ke India dalam masa 2-3 tahun lagi.
Bermula April 2024, sebanyak 20 juta iPhone akan dikeluarkan di India menggunakan kilang milik Foxconn. Angka ini dijangka meningkat sehingga 50 juta iPhone setahun dalam masa tiga tahun. India menjadi pusat pengilangan iPhone kedua Apple kerana isu yang berlaku semasa pandemik. Pergantungan kepada satu pusat pengeluaran di China sahaja menimbulkan isu kekurangan stok serta kos yang meningkat. Ketidaktentuan disebabkan oleh perang perdagangan China dan Amerika Syarkat turut menjadi faktor India kini menjadi pilihan.
Apple mula mengeluarkan iPhone di India empat tahun yang lau di bawah skim Make In India bagi meningkatkan kepakaran teknologi tempatan. Pelbagai insentif diberikan kepada pelabur untuk mengilangkan produk mereka di India. Di peringkat awal hanya model kurang premium dikilangkan sebelum iPhone juga dikeluarkan di India tahun ini.