Cari @ Amanz

Ruangan komen menjadi tempat terbaik mengumpulkan maklum balas daripada pembaca, penonton, pengikut dan peminat. Tetapi kadang kala ia disalah gunakan untuk mencerca atau di YouTube tempat membuang pautan scam yang menanti mencari mangsa. Sebagai laman penstriman video utama dunia, YouTube cukup arif dengan isu ruangan komen disalahguna. Minggu ini YouTube memperkenalkan beberapa ciri baharu untuk memudahkan pengurusan ruangan komen oleh pemilik saluran.

Komen kini boleh dijeda untuk sementara waktu. Apabila diaktifkan tiada komen baharu boleh ditinggalkan tetapi komen sedia ada masih boleh dibaca. Sebelum ini pemilik saluran yang ingin menghalang komen baharu perlu mematikan ruangan komen menyebabkan komen sedia tidak lagi boleh dipaparkan untuk dibaca.

Ciri menyaring komen dengan sistem moderasi masih lagi boleh digunakan. Ciri menjeda ini adalah tambahan kepada ciri sedia ada bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk mengawal ruangan komen secara aktif. Ia boleh digunakan semua pemilik saluran hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd